Pendidikan Vokasional
Bidang vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, murid berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.
Kursus yang ditawarkan:
Bidang Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  1. Teknologi Elektrik (Electrical Technology)
  2. Teknologi Elektronik (Electronics Technology) 
Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  1. Pemesinan Industri (Industrial Mechining)
  2. Teknologi Kimpalan (Welding Technology)
  3. Teknologi Automotif (Automotive Technology)
  4. Teknologi Penyejukbekuan Dan Penyamanan Udara (Air Conditioning And Refrigeration Technology) 
Teknologi Kejuruteraan Awam
Teknologi Pembinaan (Construction Technology)
Perniagaan
  1. Perakaunan (Accountancy) 
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  1. Sistem Komputer Dan Rangkaian (Computer System And Networking)


Latihan Kemahiran
Bidang kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.
Kursus yang ditawarkan (Bergantung Kepada Arahan BPTV):
  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  4. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  5. Jurubina Bangunan
  6. Juruteknik Elektrik