Salam Maulidur Rasul 1435H / 2014

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Barisan AJK-AJK Persatuan Generasi Prihatin Malaysia (PRIHATIN) mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1435H/2014. Semoga perjuangan Nabi Muhammad SAW dalam membawa Rahmat ke seluruh Alam dapat diteruskan wasilahnya oleh kita semua.


Projek (Pertama) PRIHATIN - SMK Bukit Gading, Sungai Buloh Selangor

Alhamdulillah, PRIHATIN telah mengadakan projek sosial pertamanya iaitu melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah di SMK Bukit Gading, Sungai Buloh. Semoga, dengan sumbangan ini akan membina hubungan baik antara pihak PRIHATIN dengan pihak sekolah.